Wednesday, 9 March 2011

Lawak

dari aku bukak topik baru..up yang ni jer lar eh...sini nanti aku post koleksi2 citer lawak yang aku dapat kot emel...sapa yang ada tu feel free tu top-up jugak lar eh...first version...teng tenengggggg...


QUOTE
NAMAKU

Seorang murid yang baru berpindah sekolah ditanya oleh guru kelasnya..
Guru : "Kamu ni murid baru kan ?"
Murid : " Ya.. cikgu"
Guru : "Nama kamu siapa?"
Murid : "Man"
Guru : "Nama panjang kamu?"
Murid : " Mannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
nnnnnnnnn.. cikgu"



QUOTE
DIET

Doktor menyuruh seorang lelaki yang sangat gemuk untuk melakukan diet.
Doktor berkata kepadanya...
"Anda mesti memakan sedikit roti panggang... sebiji buah-buahan dan
segelas air kosong..."
Lelaki menjawab...
"Baik lah doktor... jadi... Itu semua harus saya makan sebelum atau
sesudah makan, Doktor?"



QUOTE
PERKAHWINAN KERABAT

Khairul adalah murid darjah satu disebuah sekolah rendah....
Dia mempunyai seorang kawan perempuan disekolahnya yang bernama Tengku
Nazira..
Tengku Nazira seorang yang sangat cantik dan menawan... walaupun masih
kecil...
Secara tidak disengajakan Khairul telah jatuh cinta pada Tengku
Nazirah...
Lalu dia meluahkan perasaannya kepada Tengku Nazirah..
"Naz... sebenarnya saya cinta padamu... tapi sayang kita masih terlalu
kecil...
bolehkan bila kita sudah dewasa nanti.. kita berkahwin...?"
Dengan wajah yang malu... Tengku Nazira menjawab..
"Khairul.. bukannya saya tak sudi... Tapi dalam keluarga kami.. kami
hanya berkahwin sesama
kerabat sahaja..... Atuk berkahwin dengan nenek... Bapak sedara
berkahwin dengan emak sedara.. dan
bahkan papa berkahwin dengan mama.... sedangkan awak bukan kerabat saya
Khairul...."

No comments:

Post a Comment